Baru – baru ini Snowy hendak pergi perbaharui cukai jalan motor.Snowy terpaksalah kayuh basikal pergi bayar insuran dan cukai jalan, mula-mula bayar insuran kat kedai motor kemudian menuju ke destinasi seterusnya pejabat pos Malaysia. Beraturlah dalam 20 minit akhirnya sampai giliran Snowy, alangkah terkejutnya kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai pejabat pos yang berbunyi ” cukai jalan tidak dapat diperbaharui, ada saman yang sangkut”. Alamak!! Saman pula, dari mana la saman ni datang sebab bulan april baru ni bayar cukai kereta boleh lepas.Tidak sangka pula pemandu berhemah macam Snowy boleh dapat saman free. Balik rumah dengan lajunya check saman menerusi internet. Hari ni 2 kali Snowy dapat kejutan besar-besaran. Cuba teka, berapa saman yang dapat dikutip? He! He! Yang sebenarnya dragon ball ada 7 biji semuanya(apa yang merepek ni). Snowy berjaya mengumpulkan 6 saman ekor bermula tahun 2007. Aduh! memang pening. Satu saman Rm300, jumlah Rm1800. Apa yang menghairankan ialah kenapa selama ni tidak pernah terima surat kena bayar. Sekurang-kurangnya hantarlah surat, boleh Snowy kumpul duit bertimbun-timbun setinggi bukit. Tapi sekarang, tanpa sebarang notis, sedar-sedar kena bayar saman sebelum dapat perbaharui cukai jalan. Kesemua koleksi saman ni kena di kawasan Kulim. Kepada pengguna jalan raya highway BKE Kulim-Butterworth anda disarankan pandu dalam speed 90km kebawah. 90km atas highway? macam bukan gaya highway langsung. Apakan daya, nak guna kereta terpaksalah Snowy bayar 2 saman yang telah masuk senarai hitam sebanyak RM600. Tinggal 4 saman lagi, kena bekerja keras demi saman yang masih berbaki RM1200. Harap-harap ada yang “prihatin” bagi diskaun sama seperti sebelum ini. Rm1800 sudah boleh beli barang keperluan anak-anak. Pampers drypers sudah boleh beli dalam 55 pek. continue reading…

Inilah kumpulan muzik kegemaran Snowy time bujang dulu, pada tahun 1999 lagu Kumpulan Jelmol bertajuk rinduku tiada berteman selalu berkumadang diradio. Lagu yang berjiwang yang terdiri daripada orang asli. Memang kagum dengan pencapaian mereka yang membuktikan kebolehan orang asli dalam bidang nyanyian tetapi kemanakah hilangnya kumpulan Jelmol? Walau apa pun layan sajalah Lagu yang bertajuk Rinduku Tiada Berteman ini. continue reading…